YB Ustaz Ismi Menyarankan ambil peluang STATUS ‘NEGARA BUKAN MUSUH’
Disertakan statement YB Ustaz Ismi
Saya mengambil maklum mengenai laporan berita hari ini yang menyatakan pihak berkuasa Iran kini memberikan kebenaran kepada "kapal bukan musuh" untuk melalui Selat Hormuz melalui penyelarasan pihak berkuasa mereka. Sebagai sebuah negara yang sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dan neutral, Malaysia jelas berada dalam kategori negara yang dibenarkan menggunakan laluan strategik tersebut.
Status "bukan musuh" ini seharusnya menjadi kelebihan utama buat Malaysia dalam memastikan rantaian bekalan tenaga dan perdagangan kita tidak terputus di tengah-tengah ketegangan luar biasa di Asia Barat pada masa ini. Sehubungan itu, saya ingin mengutarakan beberapa harapan dan desakan kepada Kerajaan:
1. Manfaatkan Jaminan Laluan Selamat: Kerajaan melalui kementerian berkaitan perlu bertindak pantas menyelaraskan urusan dengan pihak berkuasa Iran bagi memastikan kapal-kapal dagang dan tangki minyak milik Malaysia mendapat akses keutamaan. Dengan adanya jaminan "laluan selamat" ini, tidak ada alasan kukuh untuk kos logistik atau insurans meningkat secara mendadak yang akhirnya akan membebankan pengguna.
2. Kekalkan Harga Minyak di Stesen Minyak: Memandangkan kapal-kapal pperdagangan Malaysia dibenarkan melalui selat itu tanpa gangguan, saya mengharapkan agar harga minyak di negara kita kekal stabil. Jangan biarkan spekulasi pasaran global menjejaskan harga bahan api domestik sedangkan saluran bekalan kita masih mempunyai akses melalui Selat Hormuz.
3. Cegah Rantaian Kenaikan Harga Barang: Saya juga menggesa pihak KPDN agar lebih tegas memantau harga barang di pasaran. Kita tidak mahu pengumuman mengenai konflik ini dijadikan alasan oleh pihak pemborong atau peniaga besar untuk menaikkan harga barang keperluan atas alasan kos pengangkutan meningkat, sedangkan realitinya kapal kita masih diberikan kelonggaran untuk melintasi zon konflik tersebut.
Rakyat di kawasan luar bandar seperti di Parit amat sensitif terhadap sebarang perubahan harga minyak dan barang. Apabila harga minyak naik, ia akan membawa rantaian kenaikan harga barang yang amat memeritkan warga tani, peniaga kecil, dan golongan pekerja. Justeru, saya berharap status Malaysia sebagai "negara bukan musuh" ini digunakan sepenuhnya secara strategik oleh Kerajaan untuk melindungi ekonomi domestik dan memastikan poket rakyat tidak terkesan akibat krisis geopolitik ini.
*YB USTAZ MUHAMMAD ISMI BIN MAT TAIB*
Ahli Parlimen Parit
25 Mac 2026