Kerajaan ‘hukum’ rakyat Semenanjung? PN minta penjelasan telus
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan memberikan penjelasan terperinci mengenai faktor sebenar kenaikan mendadak harga bahan api.
- Advertisement -
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan juga perlu mengumumkan langkah-langkah segera bagi mengurangkan kesan kenaikan itu terhadap kos sara hidup rakyat.
Beliau berkata demikian susulan kenaikan mendadak harga bahan api yang diumumkan hari ini, melibatkan peningkatan sebanyak 60 sen bagi RON97 (RM5.15) dan RON95 tanpa subsidi (RM3.85) serta kenaikan sehingga 80 sen bagi diesel di Semenanjung Malaysia (RM5.52).
“Kerajaan juga perlu menjelaskan sama ada bantuan bersasar tambahan yang lebih bermakna akan diperluaskan kepada golongan terkesan,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, kerajaan juga perlu menyatakan unjuran kemungkinan kenaikan selanjutnya dalam tempoh terdekat bagi membolehkan rakyat membuat persediaan.
Selain itu, PN katanya mencadangkan kerajaan menimbangkan pelaksanaan cukai durian runtuh sementara ke atas sektor dan syarikat yang mendapat manfaat daripada lonjakan harga komoditi global.
Ia menurut beliau termasuk pelaksanaan cukai durian runtuh sementara kepada sektor minyak dan industri berkaitan, supaya hasil tambahan itu dapat disalurkan bagi membantu meringankan beban rakyat.
“Kerajaan wajib mengutamakan kebajikan rakyat serta memastikan dasar yang dilaksanakan bersifat telus, bertanggungjawab dan berkesan,” tegas beliau.
Beliau menambah, kerajaan juga mesti bertindak segera bagi mengelakkan tekanan berterusan ke atas ekonomi Malaysia, selain memastikan perkembangan global yang tidak menentu tidak membebankan negara secara melampau.
“Kenaikan besar dalam tempoh singkat ini amat membimbangkan kerana ia pasti memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat, khususnya melalui peningkatan kos pengangkutan, logistik, makanan serta barangan keperluan harian,” ulas beliau.
Tambah beliau, kenaikan harga diesel secara khusus dijangka memberi kesan berantai kepada keseluruhan ekonomi memandangkan ia digunakan secara meluas dalam sektor pengangkutan, pertanian, pembinaan dan industri.
*Kerajaan nak hukum rakyat Semenanjung?*
PN katanya turut mengambil perhatian terhadap perbezaan harga diesel yang amat ketara antara Semenanjung Malaysia berbanding Sabah dan Sarawak yang kekal jauh lebih rendah (RM2.15).
”Walaupun mungkin terdapat justifikasi tertentu berkaitan struktur subsidi dan pertimbangan ekonomi wilayah, jurang harga yang terlalu besar berisiko mewujudkan persepsi ketidakadilan.
“(Ia persepsi ketidakadilan) dengan pengguna dan perniagaan di Semenanjung menanggung beban yang jauh lebih berat atau seolah-olah dihukum oleh kerajaan atas sebab-sebab tertentu.
“Keadaan ini menuntut penjelasan yang telus dan jujur bagi mengelakkan kekeliruan dan persepsi negatif dalam kalangan rakyat,” ujarnya.
PN juga jelas beliau mengambil maklum bahawa kerajaan mengaitkan kenaikan itu dengan peningkatan harga minyak global serta ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.
Bagaimanapun terang beliau, rakyat berhak mengetahui sejauh mana kerajaan membuat persediaan dalam menghadapi perkembangan ini, termasuk pelan mitigasi bagi mengurangkan kesan ke atas isi rumah, peniaga serta perusahaan kecil dan sederhana.
“Timbul persoalan sama ada langkah-langkah yang diumumkan setakat ini berkesan dan mencukupi untuk benar- benar meringankan beban dan kebimbangan itu.
“Kenaikan mendadak ini juga menimbulkan persoalan sama ada kerajaan mempunyai strategi yang jelas dan menyeluruh dalam mengurus dasar subsidi bahan api, khususnya dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/3/2026