RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PN PARIT JEMPUT ORANG RAMAI MERAIKAN SYAWAL BERSAMA
ARTIKEL

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PN PARIT JEMPUT ORANG RAMAI MERAIKAN SYAWAL BERSAMA

26 Mar 2026
PARIT, 25 Mac 2026 – Orang ramai khususnya penduduk sekitar Parlimen Parit dijemput hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional (PN) Parit yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 28 Mac 2026 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Kotadar, Jalan Nasaruddin, Bota, Perak

Majlis ini dianjurkan sebagai platform mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat sempena sambutan Aidilfitri. Pelbagai juadah hari raya akan disediakan kepada para tetamu yang hadir.

Penganjur berharap program ini dapat menjadi medan perpaduan serta memperkukuh hubungan ukhuwah dalam kalangan masyarakat berbilang lapisan di Parlimen Parit.

Sehubungan itu, semua lapisan masyarakat dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri dalam suasana penuh harmoni dan kemesraan.

“Semua Dijemput Hadir”

TAMAT
CADANGAN

Related Articles